Mayat lelaki hanya berseluar ditemukan dalam longkang - Utusan Malaysia

Mayat lelaki hanya berseluar ditemukan dalam longkang

PASUKAN bomba membawa keluar mayat seorang lelaki yang ditemukan di dalam longkang dekat Jalan Nagasari A36/A, Seksyen 36, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di dalam longkang dekat Jalan Nagasari A36/A, Seksyen 36, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba II, Ahmad Nazmi Halil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.12 pagi sebelum bergegas ke lokasi kira-kira 14 kilometer (km) dari balainya.

“Sebaik tiba di lokasi, terdapat seorang lelaki di dalam longkang yang hanya memakai seluar berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan hanya memakai seluar selain tiada dokumen pengenalan diri bersamanya.

“Kemudian pasukan penyelamat turun dan memberikan bantuan CPR sementara menunggu ambulans sampai, katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sudah pun dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya