Mawi botak rambut demi konsert - Utusan Malaysia

Mawi botak rambut demi konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Penyanyi dan pelakon, Asmawi Ani atau Mawi, 43, membuat kejutan dengan membotakkan rambut yang telah disimpannya hampir tujuh tahun lepas.

Rambut penyanyi itu dipotong isterinya, Ekin Rahmat, dihadapan tetamu sempena sidang akhbar Konsert Tsumawi 20th Mawi World Lve in Kl, petang tadi.

Mawi ketika mengulas mengenai rambut, mengakui berat hati untuk memotong rambut yang disimpan sejak tahun 2017.

Penyanyi lagu Aduh Saleha itu bagaimanapun reda dan menganggap perkara itu sebagai pengorbanan sempena penganjuran konsert yang bakal diadakan pada Januari 2025 itu.

“Anak saya antara yang paling sedih apabila rambut saya dibotakkan, begitu jugalah perasaan saya. Imej botak ini sinonim dengan saya, bahkan sejak sebelum saya masuk ke dalam industri hiburan lagi.

“Tapi disebabkan konsert ini, tak mengapalah untuk saya berkorban, bukan besar pun (pengorbanan) ini. Saya reda.

“Imej botak ini saya perlu kekal sampai konsert. Saya tidak pasti selepas itu. Sebelum ini saya selalu ditanya isteri, bila mahu potong rambut atau berimej botak semula. Tapi saya pertahankan prinsip saya.

“Sebelum ini juga saya memang ada perancangan mahu botakkan rambut untuk filem biopic yang saya nak hasilkan sekitar tahun depan. Tapi terbotak pula untuk konsert ini,” katanya.

Terdahulu, Mawi mengejutkan ramai pihak selepas bersetuju membotakkan rambutnya semasa sidang akhbar berkenaan.

Konsert solo kedua Mawi itu, akan dipentaskan di Megastar Arena pada 25 Januari depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya