Marang juara bola sepak B-12 Tahun Terengganu

Marang juara bola sepak B-12 Tahun Terengganu

BARISAN jurulatih dan pemain pasukan Marang bergambar bersama medal dan sijil kecemerlangan selepas dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Terengganu Bawah 12 Tahun di Kuala Terengganu, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASUKAN Marang muncul juara Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Terengganu Bawah 12 Tahun selepas menundukkan Hulu Terengganu 3 – 0 dalam perlawanan akhir, kelmarin.

Kejohanan berlangsung tiga hari bermula 5 September lalu melibatkan lapan pasukan mewakili Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dalam Terengganu.

Di peringkat separuh akhir, pasukan MSSD Marang menundukkan Besut 1 – 0 untuk melangkah ke perlawanan akhir.

Pasukan dengan slogan ‘Marang Megang’ itu membuktikan kejaguhannya dalam sukan nombor satu negara tersebut dengan mengetepikan cabaran Hulu Terengganu di pentas akhir untuk dijulang sebagai juara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN