MAPS tiada kaitan kerajaan negeri - Saarani - Utusan Malaysia

MAPS tiada kaitan kerajaan negeri – Saarani

SAARANI Mohamad melawat gerai jualan dan pameran pada Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) di Stadium Indera Mulia, di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang, Razman Zakaria yang terus mengaitkan kerajaan negeri dengan isu penutupan Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS) di Meru Raya.

Tegasnya, tindakan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gunung Semanggol itu menimbulkan tanda tanya kerana beliau juga adalah Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada penggal lalu.

“(Kerajaan negeri) bukan membisu, tapi perlu diingat bahawa MAPS bukan lagi milik kerajaan negeri. MAPS adalah di bawah PCB Development Sdn. Bhd. (PCBD) yang telah digulung (muflis).

“Jadi, apa yang kita nak buat? Saya tidak boleh menyentuh harta orang. Razman salah seorang Exco yang lepas, kenapa sekarang (baru) tanya?,” katanya ketika ditemui pemberita pada Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Saraani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Razman seperti disiarkan portal berita yang mendakwa kerajaan negeri masih mengambil sikap membisu berkaitan tindakan perobohan bangunan MAPS.

Razman dilaporkan berkata, walaupun perkara itu pernah dibangkitkan dalam Sidang DUN Julai lalu, namun jawapan Saarani disifatkan mengecewakan.

Menurut Razman, rakyat perlu diberi penjelasan apakah tujuan bangunan bernilai RM520 juta itu dirobohkan dan adakah benar tanah tersebut telah dijual kepada pihak persendirian untuk dibangunkan perumahan elit dan mewah.

MAPS yang dibangunkan dengan kos RM520 juta itu mula beroperasi pada Jun 2017 namun lokasi yang sepatutnya menjadi tumpuan pelancong ke negeri ini terpaksa ditutup pada 28 Januari 2020 akibat masalah kewangan.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) daripada Messrs Ernst & Young. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya