Manusia memerlukan alam dalam kehidupan

Manusia memerlukan alam dalam kehidupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nature Deficit Disorder atau NDD satu istilah yang dicipta oleh Richard Louve penulis buku Last Child in the Woods: Saving Our Children from Nature-Deficit Disorder dan beberpa buku lain serta pengasas Children and Natrure Network yang menekankan tentang alam

NDD merujuk kepada situasi generasi sekarang semakin jauh daripada alam. Ini menyebabkan kesihatan fizikal dan mental generasi kini makin merosot.

Perasaan kegelisahan melampau (anxiety), deppresion, berat badan berlebihan (obesiti), malah kanser antara penyakit yang makin merebak dalam kalangan masyarakat kita.

Kajian Mobility Kementerian Kesihatan beberapa tahun kebelakangan ini mendapati keinginan membunuh diri, cubaan membunuh diri dalam kalangan remaja makin meningkat.

Malah dicatitkan juga sekitar 30 peratus rakyat ada tanda masalah gangguan jiwa. Penyakit lain seperti obesiti, tekana darah tinggi, kanser serta lain lain juga makin meningkat.

Kajian Prof. Emeritus Theodore Roszak, bekas pensyarah California State University, Pengasas kajian Eco psychology mendapati manusia sentiasa memerlukan alam dalam kehidupan dan seandainya kita kekurangan elemen alam, maka jiwa kita akan terganggu seterusnya Kesihatan fizikal kita juga terjejas.

Kajian Dr Qing Li -Pengasas Shirin-yiko (forest bathing) juga mendapati manusia memerlukan elemen alam sekiranya ingin hidup secara damai dan sihat.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, engkau melihat bumi kosong sepi (dalam keadaan kering dan tandus), maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya serta suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati; sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Surah Alfusilat Ayat 39…

Tariq Ramadah dalam bukunya Jejak Jejak Rasullulah ,menyatakan ayat tersebut adalah alasan Allah menjadikan konsep Ibu susuan agar Rasullullah menjadi gembala kambing dan belajar daripada alam tentang tanda tanda kewujudan Pencipta-Nya. Malah Rasul juga adalah gembala kambing.

Kehidupan kita bukanlah fitrah sebab itu kita tidak merasa damai dalam kehidupan kita. Apabila kita membina kehidupan kita dalam suasana yang toksid ,maka kita makin sakit fizikal dan mental.

Tahukan anda kini di Australia, Eropah dan Amerika sudah ada gerakan untuk mengembalikan alam dalam kehidupan kita. Australia mengiktiraf idea Green Prescription iaitu sekiranya pekerja mengalami stress mereka di beri cuti untuk berkhemah atau aktiviti luar, bukanya surat cuti dan ubatan. – UTUSAN

 

Mohd. Yusaimi Md. Yusof ialah Presiden Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia-GRASS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN