Mangsa terkini banjir di Kedah cecah 6,094 orang - Utusan Malaysia

Mangsa terkini banjir di Kedah cecah 6,094 orang

KEADAAN banjir di Kedah yang kini merekodkan seramai 6,094 mangsa berpindah ke 36 PPS di seluruh negeri. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir yang terjejas di Kedah merekodkan 6,094 orang apabila 1,856 mangsa lagi ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negeri sehingga pukul 8 pagi ini.

Mereka daripada 1,944 keluarga yang terlibat bencana itu di tujuh daerah dengan Kota Setar mencatatkan mangsa teramai iaitu 2,425 orang diikuti 1,537 mangsa di Kubang Pasu.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin berkata, mangsa di Pokok Sena pula adalah 931 orang manakala di Pendang kini seramai 806 mangsa.

“Penduduk yang terjejas di Kuala Muda pula seramai 184 orang sementara Bandar Baharu 131 mangsa dan 80 orang di Kulim,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengumumkan akan segera memberikan Bantuan Komuniti Sejahtera (BKS) sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN