Mangsa banjir Kedah menurun kepada 3,369 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Kedah menurun kepada 3,369 orang

PENDUDUK menjemur barangan rumah yang dicuci selepas banjir pulih di Kampung Lubuk Batu, Jitra. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih berikutan penurunan mangsa yang direkodkan 3,369 orang setakat 2 petang ini berbanding sejak seminggu lalu yang merekodkan sehingga lebih 8,000 mangsa.

Berdasarkan rekod terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kota Setar mencatatkan 2,003 mangsa daripada 672 keluarga di 10 pusat pemindahan sementara (PPS).

Kubang Pasu dan Pokok Sena pula merekodkan 82 dan 64 orang mangsa daripada 52 keluarga di kedua-dua daerah itu yang kini berlindung di dua PPS yang masih aktif.

Sementara mangsa di Pendang 1,220 orang yang berkurang sedikit daripada 1,606 mangsa setakat pukul 5 petang semalam. Kesemua mereka masih berada di 10 PPS yang dibuka berikutan situasi banjir termenung yang berlaku di daerah itu.

Ramalan gelombang kedua berikutan fenomena peralihan monsun yang bermula semalam juga tidak membawa sebarang kesan walaupun berlaku hujan selama lebih 30 minit pada pukul 2 petang di Kota Setar dan beberapa daerah lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN