Mangsa banjir Kedah cecah 8,029 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Kedah cecah 8,029 orang

KEADAAN jalan utama di kawasan bandar raya yang turut dinaiki air petang ini di Lebuhraya Darul Aman, Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah yang seramai 7,722 orang setakat pukul 10 pagi tadi kini telah meningkat kepada 8,029 mangsa pada pukul 4.30 petang.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin berkata, seramai 641 lagi mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Setar menjadikan angka terkini 4,134 orang.

Beliau berkata, jumlah mangsa di Kubang Pasu berkurang daripada 1,869 kepada 1,483 orang yang berlindung di 10 buah PPS.

“Mangsa di Pendang pula kembali mencatatkan peningkatan kepada 1,434 berbanding 1,127 orang pagi tadi di samping Bandar Baharu daripada 138 kepada 147 orang.

“Sebaliknya statistik di Pokok Sena merekodkan sedikit penurunan kepada 831 berbanding 911 orang pagi tadi sementara Kuala Muda menjadi daerah kedua pulih selepas Kulim apabila 184 mangsa dibenarkan pulang hari ini,” katanya.

Zulkhairi berkata, kesemua PPS yang sudah ditutup masih diletakkan dalam status bersedia memandangkan faktor cuaca yang masih tidak menentu termasuk hujan di sesetengah kawasan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN