'Mangsa banjir di Pulau Pinang juga patut terima RM1,000'

‘Mangsa banjir di Pulau Pinang juga patut terima RM1,000’

LIM Guan Eng (kiri) berpelukan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di Spice Arena, Bayan Lepas, hari ini.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat meluluskan bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terlibat dengan bencana banjir di Pulau Pinang.

“Kalau Perdana Menteri boleh luluskan bantuan RM1,000 untuk mangsa banjir di Kedah, saya nak minta beliau luluskan juga bantuan RM1,000 untuk mangsa banjir di Pulau Pinang.

“Ini semua setuju ya,” kata Ahli Parlimen Bagan itu ketika berucap sempena Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di Spice Arena, Bayan Lepas di sini.

Terdahulu, Anwar ketika melawat mangsa banjir di Kedah mengumumkan telah meluluskan bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terkesan akibat bencana tersebut melalui peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU).

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, pemimpin DAP terutamanya yang berada dalam kerajaan seharusnya berani untuk melaksanakan sesuatu dasar meskipun ia dilihat tidak popular dalam kalangan rakyat.

Pada masa yang sama, beliau berpandangan, mereka juga bebas untuk mengutarakan pandangan masing-masing sama ada secara umum atau terbuka dalam sesuatu isu yang timbul.

“Tugas kita (sebagai pemimpin) adalah untuk mengadakan libat urus dengan kerajaan kerana ini adalah kerajaan kita (Kerajaan Perpaduan).

“Jadi, kita boleh pilih sama ada mahu menyuarakan sesuatu pandangan itu secara umum (atau tidak), itu terpulang. Mahu atau tidak mahu saja.

“Sebagai satu contoh, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok memilih untuk menyuarakan pandangan beliau secara umum (dalam isu halal) dan beliau memperoleh sokongan penuh daripada kepimpinan kebangsaan (DAP) dalam hal itu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN