Mangsa banjir di Pulau Pinang akan terima bantuan - Siew Khim

Mangsa banjir di Pulau Pinang akan terima bantuan – Siew Khim

SIEW Khim (berdiri, tengah) beramah mesra bersama sebahagian mangsa banjir ketika melawat PPS SK Lahar Yooi di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, petang tadi.-SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR : Mangsa yang terlibat dengan bencana banjir di Pulau Pinang ketika ini dijangka menerima bantuan daripada kerajaan negeri dalam masa yang terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Lim Siew Khim berkata, pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat selepas satu perbincangan bersama Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dilaksanakan.

“Agensi-agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) ketika ini telah diminta untuk mengenal pasti dan memantau keperluan mangsa banjir yang masih ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar negeri ini.

“Kita akan bincang dan lihat apa keperluan (mangsa banjir) yang terjejas,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi di sini, lewat petang tadi.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 5.21 petang tadi, seramai 582 mangsa banjir daripada 160 buah keluarga masih ditempatkan di lapan buah PPS di tiga daerah di Seberang Perai, di sini.

Dalam pada itu, Siew Khim memberitahu, JKM turut menyediakan khidmat kaunselor di setiap PPS bagi membantu mangsa banjir yang terlibat.

Katanya, kaunselor tersebut akan menyediakan khidmat kaunseling dan pendidikan khususnya buat kanak-kanak serta warga emas yang berada di PPS berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN