Mangsa banjir di Kedah menurun kecuali Pendang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Kedah menurun kecuali Pendang

PENDUDUK Kampung Alor Ali, Ahmad Shafie bersama rakannya mengambil inisiatif meronda menggunakan bot di sekitar kampung yang menempatkan kira-kira 500 buah rumah yang dilanda banjir termenung di Pendang. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah semakin menurun kepada 6,593 orang daripada 2,116 keluarga sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Bilangan itu menurun berbanding 7,230 orang yang direkodkan sehingga pukul 5 petang semalam.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 33 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka di empat daerah iaitu Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Tiga daerah mencatatkan penurunan iaitu Kota Setar 4,596 berbanding 4,794 orang, Kubang Pasu 324 berbanding 579 orang dan Pokok Sena 67 berbanding 73 orang.

Hanya Pendang merekodkan sedikit peningkatan iaitu 1,606 berbanding 1,604 orang ekoran kejadian banjir termenung yang dilaporkan berlaku di empat kampung di Tanah Merah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN