Mana Fazura? - Utusan Malaysia

Mana Fazura?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seperti tiada kesudahan, status rumah tangga pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin kekal menjadi sorotan sejak aktres itu nekad untuk mengakhiri kemelut yang berlaku.

Pada Jumaat lalu, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Selepas nekad meletakkan noktah pada perkahwinannya, Fazura yang sebelum ini kerap berkongsi kata-kata motivasi dan petikan Islamik kini menyepi tanpa sebarang khabar.

Malah, perkongsian terakhir yang dimuat naiknya juga pada 13 September lalu.

Sebelum ini, setiap spekulasi yang berbangkit berkaitan rumah tangga mere turut menjadi sasaran warganet untuk mengadili kebenaran disebaliknya.

Mana tidaknya, sebelum ini Fattah menerima tohmahan yang teruk selepas dikatakan berlaku curang terhadap isterinya, Fazura.

Namun, kecaman tersebut beralih kepada Fazura selepas pelakon lelaki itu mengaku tiada wanita lain selain darinya bahkan masih menyayanginya sebagai seorang isteri.

Lebih mengeruhkan keadaan, ada juga spekulasi yang menyatakan aktres itu yang sebenarnya berlaku curang dan menjadikan Fattah sebagai mangsa keadaan.

Meskipun kesahihannya belum terbukti, rata-rata warganet dan rakan artis berharap pasangan itu dapat mempertahankan bahtera yang sudah dibina sejak tujuh tahun lalu itu.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 3.–UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya