Man Bai bakal kembali selepas 28 tahun - Utusan Malaysia

Man Bai bakal kembali selepas 28 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setelah 28 tahun menyepi, penyanyi, Man Bai mendedahkan sedang membuat persiapan untuk kembali memeriahkan industri muzik tanah air dengan single terbarunya yang akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Menurut Man Bai atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Osman, 57, dia sudah merakam lagu itu lebih lima tahun lalu dan sedang menunggu masa yang sesuai untuk dikeluarkan.

“Jika tidak keberatan, mungkin tahun hadapan saya akan keluar single baharu bertajuk Manusia Biasa. Walaupun lagu ini sudah siap tetapi jiwa untuk keluarkan lagu ini belum sampai.

“Sekarang, saya juga masih menunggu susunan muzik yang berbeza untuk membandingkan mana yang lebih baik.

“Saya perlu hasilkan lagu untuk semua orang. Tidak boleh terlampau moden atau terlalu lama, saya kena main pasaran lagu Melayu juga supaya semua boleh dengar,” katanya.

Selain itu, penyanyi lagu Kau Ilhamku itu turut berkongi bahawa dia ingin menonjolkan diri dan enggan hanya dikenali sebagai anggota Gersang.

“Saya rasa sekarang masa untuk tunjukkan kepada orang bahawa saya punya kredibiliti.

“Kerana selama ini, saya hanya buat lirik untuk Gersang dan orang tidak fokus kepada saya sangat. Jadi, inilah masa yang sesuai untuk saya kembali dengan hasil ciptaan yang baru,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi itu turut berkongsi bahawa dia dalam perancangan untuk menghasilkan album.

“Buat masa sekarang, saya banyak idea dan perancangan untuk karier saya.

“Banyak perancangan ketika ini tapi agak sukar dilaksanakan kerana tidak bernaung di bawah syarikat rakaman,” kongsinya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya