Malaysia terajui industri halal global - Utusan Malaysia

Malaysia terajui industri halal global

TENGKU Zafrul (dua dari kiri) menerima sijil pengiktirafan Guinness World Record daripada Juri Rasmi Guinness World Record, Justin Patterson untuk rekod Pameran Perdagangan Halal yang Menerima Kehadiran Tertinggi, pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam petunjuk ekonomi Islam Global 2023 (GIEI) walaupun berdepan cabaran ekonomi global.

Perkara itu terbukti apabila nilai eksport halal Malaysia pada tahun lalu mencecah hampir RM55 bilion sekali gus menyaksikannya melepasi paras RM50 bilion bagi tahun kedua berturut-turut.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kategori makanan dan minuman (F&B) adalah penyumbang terbesar eksport halal dengan nilai sebanyak RM29.4 bilion atau peningkatan hampir lima peratus bertanding RM27.84 bilion pada 2022.

Katanya, ia diikuti dengan ramuan halal, kosmetik dan penjagaan diri, derivatif minyak sawit, industri kimia serta farmaseutikal.

“Ini adalah pencapaian ke-10 tahun berturut-turut yang melambangkan Malaysia sebagai peneraju industri ini di peringkat global.

“Produk-produk seperti makanan tambahan (supplement), makanan berfungsi (functional foods) dan bahan ramuan juga semakin banyak mencari pengiktirafan halal, kerana ia lebih diyakini pengguna dari segi kebersihan dan kualiti.

“Dari sudut perkhidmatan, sektor kewangan Islam juga telah diterima dan guna pakai secara meluas di atas prinsip perkongsian risiko dan pelaburan berasaskan nilai-nilai Islam seperti keadilan, ketulusan dan tanggungjawab sosial,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024.

Tengku Zafrul berkata, Kerajaan Malaysia secara proaktif mendukung industri halal kerana permintaan untuk produk dan perkhidmatan halal global diramalkan mencecah nilai AS$5 trilion pada 2030.

“Melalui Pelan Induk Industri Halal (HIMP 2030), syarikat-syarikat Malaysia akan diperkasa untuk turut merebut peluang tersebut, dengan menyasarkan eksport halal sebanyak RM75.2 bilion atau 11 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2030.

“Sasaran yang ditetapkan sekali gus menggarap rentak pecutan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk mencapai objektif ini, terutamanya melalui penganjuran MIHAS,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, MIHAS akan melangkaui sempadan domestik melalui penampilan sulungnya di luar negara atau lebih dikenali sebagai MIHAS@Dubai.

“Kita mahu memanfaatkan status Dubai sebagai bandaraya entrepot dan hab utama pasaran Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), bagi pengimportan dan pengedaran barangan buatan Malaysia ke negara-negara serantau.

“Sasaran jualan eksport di MIHAS@Dubaiadalah RM1 bilion dan saya yakin syarikat-syarikat Malaysia yang menyertainya akan berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.

“MATRADE juga merancang untuk menganjurkan MIHAS peringkat antarabangsa di lain-lain negara seperti China dan Eropah pada masa hadapan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya