Malaysia, Russia sepakat tuntut Israel henti keganasan terhadap Gaza

Malaysia, Russia sepakat tuntut Israel henti keganasan terhadap Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Russia sepakat menuntut Israel menghentikan serangan ganas dan zalim ke atas Gaza dengan segera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan Presiden Russia, Vladimir Putin bersetuju masyarakat antarabangsa mesti meningkatkan tekanan untuk menamatkan kempen pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Gaza.

Pada masa sama, Anwar berkata, Malaysia menghormati langkah-langkah dilakukan Mesir untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan, makanan dan perubatan di Gaza.

Katanya lagi, Israel sering bersikap cuba menyalahkan seluruh dunia yang tidak menyebelahi tindakannya dan terbaharu, Mesir.

“Sebaik sahaja Mesir tekankan kepentingan bantuan kemanusiaan, itu yang cuba dihalang Israel. Sekarang digunakan dalil baharu, satu dunia salah, sekarang cuba letakkan kesalahan kepada Mesir.

“Semua orang tahu, Mesir sangat teliti untuk tidak dilihat melakukan provokasi sehingga ada yang melahirkan perasaan kurang senang terhadap Mesir,” katanya dalam sidang akhbar  sempena lawatan kerja dua hari di Vladivostok, hari ini.

Beliau menjawab tuduhan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terhadap Mesir yang didakwa membenarkan senjata diseludup ke Hamas melalui sempadannya.

Kementerian Luar Mesir membidas tuduhan itu sebagai percubaan untuk menghalang usaha pengantaraan bagi mencapai gencatan senjata Gaza dan perjanjian pertukaran tahanan.

Jordan, Qatar, Palestin dan Kuwait pada Rabu lalu turut mengutuk dakwaan Israel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya