Malaysia-New Zealand bincang hubungan kerjasama dua hala   - Utusan Malaysia

Malaysia-New Zealand bincang hubungan kerjasama dua hala  

Christopher Luxon
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon mengadakan lawatan ke Malaysia bermula hari ini yang merupakan lawatan kali pertamanya sejak dilantik ke jawatan itu pada November 2023.

Beliau akan menerima sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, esok diikuti pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Wisma Putra, kedua-dua Perdana Menteri itu dijangka membincangkan isu-isu berkaitan hubungan dan kerjasama dua hala di bawah Perkongsian Strategik Malaysia-New Zealand yang dimeterai pada 2023.

Ia  merangkumi empat tonggak iaitu Kemakmuran, Rakyat, Planet, dan Keamanan dan Keselamatan.

“Kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama. Satu sidang media bersama dan satu kenyataan bersama dikeluarkan sejurus selepas mesyuarat dua hala diadakan,” katanya.

Anwar kemudian akan menghoskan Majlis Makan Tengah Hari bagi meraikan Luxon dan delegasi di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Luxon juga akan mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pada 2023, New Zealand adalah rakan dagangan yang ke-28 serta destinasi eksport yang ke-22 selain sumber import yang ke-27 bagi Malaysia di rantau Oceania.

Untuk rekod, jumlah dagang antara Malaysia dan New Zealand adalah sebanyak RM 11.56 billion (USD2.54 billion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya