Malaysia naib juara Piala Raja Thai 2024

Malaysia naib juara Piala Raja Thai 2024, tumpas kepada musuh tradisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad sepak takraw negara muncul naib juara acara berpasukan lelaki Kejohanan Piala Raja Thai 2024 selepas tunduk kepada musuh tradisi, Thailand 2-0 sebentar tadi.

Dalam aksi final yang berlangsung di Korat, Thailand, skuad negara tewas 1-2 dalam perlawanan regu pertama (15-4, 3-15, 11-15) manakala regu kedua pula tumpas 15-13 dan 9-15.

Kali terakhir skuad Malaysia melakar kemenangan adalah pada 1988.

Keputusan itu juga menyaksikan skuad negara gagal membalas dendam kekalahan di ISTAF Sepaktakraw World Cup Kuala Lumpur 2024 bagi acara berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN