Malaysia fokus jenayah rentas sempadan, pemerdagangan orang 

Malaysia fokus jenayah rentas sempadan, pemerdagangan orang 

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI, CHINA: Isu jenayah rentas sempadan dan pemerdagangan manusia akan menjadi fokus Malaysia dalam pembentangan Forum Kerjasama Keselamatan Awam dan Global Lianyungang (GPSCFL).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jenayah tersebut dilihat cabaran baharu yang memerlukan komitmen bersama dalam meningkatkan keupayaan terhadap badan pengkuatkuasan dan perkongsian maklumat khusus dengan aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Kerjasama tersebut perlu ada keberhasilan, umpamanya perkongsian maklumat tentang aktiviti dadah atau jenayah yang berupa jenayah siber atau financial scam, perkara itu  kedua-dua negara harus ada komitmen ke arah berkongsi maklumat,” katanya kepada media Malaysia di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin menjelaskan, penyelesaian dalam isu membanteras jenayah rentas sempadan ini tidak boleh dibuat secara silo memandangkan ia merupakan masalah yang bersifat global, sekali gus ia memerlukan keterlibatan daripada semua pemimpin dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN