Malaysia berperanan rapatkan hubungan ASEAN-China - Ismail Sabri

Malaysia berperanan rapatkan hubungan ASEAN-China – Ismail Sabri

ismail sabri
ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan ASEAN dengan China apabila menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peranan Pengerusi ASEAN sangat kritikal memandangkan cabaran dan isu-isu semasa sama ada di peringkat serantau mahupun antarabangsa semakin getir dan mencabar.

“China sudah tentu boleh memainkan peranan penting melalui kerjasama dialog menerusi ASEAN-China, Asean+10 dan Forum Serantau ASEAN (ARF).

“Selaku sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Muafakat One Belt One Road Malaysia (PMOBOR) sentiasa menghulurkan tangan untuk turut mempromosi kerjasama antara Malaysia dan China,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, Ismail Sabri yang juga Penaung PMOBOR berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China dalam Ekonomi dan Kerjasama Perdagangan serta Pertukaran Pembangunan dan Jalinan Rangkaian di Haidan, Beijing, semalam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya