Malaysia bakal terima ubat, vaksin Mpox Malaysia bakal terima ubat, vaksin Mpox

Malaysia bakal terima ubat, vaksin Mpox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia bakal menerima agihan segera ubat Antiviral Tecovirimat (TPOXX) dan vaksin MVA-BN bagi membendung penularan wabak cacar monyet atau Mpox dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, agihan ubatan itu diperoleh melalui ‘Covid-19 Asean Response Fund’.

Katanya, TPOXX digunakan dalam rawatan virus MPox khususnya kepada individu yang mengalami jangkitan teruk dan golongan yang mempunyai imuniti lemah.

“Pemberian vaksin MVA-BN Mpox pula hanya diberi berdasarkan pemeriksaan dan penilaian pakar perubatan. Tiada vaksinasi umum,” katanya menerusi laman sosial X (Twitter) miliknya, hari ini.

Dr. Dzulkefly berkata, vaksin MVA-BN hanya diberikan khas kepada kumpulan berisiko tinggi termasuk petugas kesihatan dan kontak rapat kes yang telah disahkan.

Pada masa sama, beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Brunei selaku penyelaras secretariat ‘Covid-19 ASEAN Response Fund’ di atas agihan tersebut.

Pada Khamis lalu, Dr. Dzulkefly dilaporkan berkata, seramai 3.26 juta pengembara sudah melalui saringan Mpox di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kira-kira 34 kes disyaki Mpox dilaporkan di fasiliti kesihatan dan hasil dapatan ujian berkenaan mendapati semuanya negatif,” katanya.

Pada 14 Ogos lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global susulan lonjakan kes strain baharu Mpox, Clade 1b, di Republik Demokratik Congo (DRC) yang turut merebak ke negara-negara berdekatan.

Lebih 18,000 kes disyaki Mpox termasuk 629 kematian dilaporkan di DRC, tahun ini hingga kini.

Sweden dan Thailand juga mengesahkan kes Clade Ib, sekali gus mencatat penularan strain virus itu di luar DRC dan negara-negara jirannya. _ UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya