Maik siasat kes ceroboh tanah kubur Kampung Pauh Panji

Maik siasat kes ceroboh tanah kubur Kampung Pauh Panji

HASNAN Ramli semasa sidang media di di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sudah menjalankan siasatan berkait dakwaan pencerobohan tapak tanah perkuburan lama berusia lebih 100 tahun di Kampung Pauh Panji, di sini sebagimana disuarakan penduduk baru-baru ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Dr. Hasnan Ramli berkata, tinjauan ke lokasi terlibat telah dijalankan dan Maik sedang meneliti beberapa aspek untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, berdasarkan penelitian dari segi aspek sempadan, didapati kawasan tanah perkuburan ini adalah tanah asal hak milik kerajaan yang sudah lama dibiarkan.

“Perkara ini sedang dalam tindakan lanjut dan pihak MAIK sedang membuat permohonan kepada pentadbir tanah bagi mengesahkan pewartaan sama ada tanah kubur itu sudah diwartakan atau belum.

“Ini antara masalah yang dihadapi sekiranya ia membabitkan tanah rizab kerajaan dan apabila diletakkan di bawah kelolaan MAIK, kita akan jaga sepenuhnya,”katanya kepada kepada pemberita semasa sidang media di Balai Islam Lundang di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, penduduk di Kampung Pauh Panji meluahkan rasa kecewa selepas tapak tanah perkuburan lama yang berusia lebih 100 tahun didakwa diceroboh.

Mereka mendakwa pembersihan dilakukan di kawasan Tanah Perkuburan Kampung Pauh Panji seluas 461 meter persegi sejak tiga minggu lalu bagi tujuan pembangunan dilakukan tidak mengikut cara pembersihan kubur yang betul

Lebih menyedihkan lagi, hampir keseluruhan kawasan tanah perkuburan itu diratakan menggunakan jengkaut menyebabkan batu nisan berselerak dan hilang, serta hanya beberapa batu nisan lama masih kelihatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya