Mahkamah tolak permohonan bebas 22 wanita terkait GISBH - Utusan Malaysia

Mahkamah tolak permohonan bebas 22 wanita terkait GISBH

GISBH
SERAMAI 22 wanita tiba di Sayap Kanan, Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi permohonan sambung reman dekat Mahkamah Majistret, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret, hari ini menolak permohonan bebas dengan bon jaminan terhadap 22 wanita yang dikaitkan dengan gerakan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

Keputusan tersebut dibuat Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman terhadap permohonan yang dibuat di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

Terdahulu kesemua 22 wanita itu tiba di mahkamah bagi permohonan tersebut selepas ditahan reman sejak minggu lalu, mereka sebelum ini ditahan dalam pelbagai siri serbuan oleh polis menerusi Operasi (Op) Global.

Mereka dilihat tiba melalui laluan bahagian belakang Sayap Kanan Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan memakai pakaian lokap berwarna oren serta dikawal ketat anggota dan pegawai polis.

Berdasarkan maklumat diperolehi, seramai 83 orang pengikut gerakan itu dibawa ke mahkamah sama bagi permohonan sambung reman.

Pada pagi tadi, pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali tiba di Mahkamah Majistret hari ini bagi permohonan sambung reman.

Dia dilihat memakai jubah putih dan berkopiah tiba bersama sembilan individu terdiri tujuh lelaki dan dua wanita di pekarangan Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira pukul 9.25 pagi tadi dikawal ketat pasukan polis lengkap bersenjata.

Sebelum ini, Nasiruddin bersama isteri dan 19 individu lain direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung pengekploitasian termasuk pemerdagangan kanak-kanak.

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin.

Mereka yang ditahan berusia 25 hingga 65 tahun. Tangkan itu terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita.

Mereka kemudiannya dibawa untuk tahanan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-kanak 2001, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya