Mahkamah arah Syamsul Yusof bayar kos kehadiran kepada Ira Kazar - Utusan Malaysia

Mahkamah arah Syamsul Yusof bayar kos kehadiran kepada Ira Kazar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Maizatul Aliza Chee Din memerintahkan pengarah, Syamsul Yusof membayar kos kehadiran sebanyak RM200 kepada bekas isterinya, Ira Kazar, di sini, hari ini.

Peguam mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak dalam prosiding mahkamah petang tadi berkata, pihaknya menuntut kos kehadiran sebanyak RM3,000 kerana menyusahkan pihak anak guamnya, Ira.

Malah, Mohammad Fadhil turut memaklumkan Syamsul selaku plaintif, tidak berterus terang kerana wujudnya lafaz taklik, pada Jun lalu.

“Hari ini kami hadir untuk tutup terus kes permohonan cerai yang difailkan oleh Syamsul. Kes yang difailkan Ira sudah selesai pada 5 September lalu dan hari ini pihak Syamsul mahu menarik balik permohonan dan memohon kos kehadiran.

“Mahkamah sudah meluluskan dan memerintahkan kos sebanyak RM200 dibayar kepada anak guam kami. Cuma, saya kesal, lafaz cerai dibuat pada Jun lepas tetapi tindakan yang diambil pada Ogos bukan merujuk pada pengesahan lafaz cerai tersebut, sebaliknya merujuk kepada permohonan cerai biasa.

“Sebab itu kami failkan di Kuala Selangor, sebab kalau Syamsul tidak failkan, Ira kena failkan. Berikutan itu ramai yang keliru. Jadi disebabkan itu hari ini pihak Syamsul menarik balik dan tutup terus kes,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik dari pihak Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, terhadap Ira ketika mereka masih bergelar suami isteri sekali gus menyebabkan jatuh talak satu.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib mengesahkan perkara itu selepas Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin selaku plaintif memfailkan lafaz cerai taklik pada 21 Ogos yang lalu.

Dalam pada itu, peguam, Azmi Mohd Aris yang mewakili Syamsul memberitahu pihaknya tidak bersetuju dengan kos kehadiran yang dituntut defendan kerana menyifatkan proses perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September lalu menjimatkan masa semua pihak.

“Sepatutnya hari ini pihak kami ingin menarik semula permohonan membabitkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) yang difailkan Syamsul pada 19 Ogos lalu.

“Pihak saya juga sudah memfailkan notis penarikan semula terhadap kes cerai yang difailkan. Bagaimanapun Ira yang hadir bersama peguam menuntut kos kehadiran sebanyak RM3,000 kepada mahkamah.

“Bagi saya, apa penting sekarang ini kedua-dua pihak sudah ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor untuk menyelesaikan isu pelanggaran taklik pada hari sama dan menerima keputusan itu.

“Jadi kami percaya sedikit sebanyak perkara itu sudah menjimatkan masa dan kos pihak-pihak,” katanya.

Pada 19 Ogos lalu, Syamsul teah memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Bekas pasangan suami isteri itu mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya