MAHA 2024: Teknologi dron kargo bantu penghantaran barang

MAHA 2024: Teknologi dron kargo bantu penghantaran barang

DRON kargo menggunakan kuasa bateri mampu melakukan penerbangan sejauh 150 kilometer.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan teknologi dron kargo dalam bidang pertanian amat diperlukan bagi memudahkan menghantar barang-barang yang berat.

Ketua Pegawai Pemasaran Produk Kumpulan Aerodyne, Razuan zakaria berkata, dron kargo ini mampu membawa bebanan seberat 20 kilogram (kg).

Namun menurutnya, Aerodyne kini giat membangunkan satu dron sistem yang berupaya membawa barangan melebihi 250kg bagi kegunaan sektor pertanian.

“Dron ini bukan hanya untuk bidang pertanian namun ia boleh digunakan dalam pelbagai bidang. Pihak kami sedang bekerjasama dalam satu projek di Papua New Guine untuk menghantar barang ubat-ubatan, darah dan sebagainya.

“Dron ini menggunakan kuasa bateri dan dibantu sistem propeller serta mampu melakukan perjalanan sejauh 150 kilometer,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, harga bagi sebuah dron tersebut boleh mencecah RM300,000.

“Setakat ini hanya ada dua dron kargo di Malaysia,” ujarnya.

MAHA 2024 bertemakan ‘Menuai Harapan, Membina Masa Hadapan’ merupakan pameran pertanian utama dan terbesar di Asia Tenggara yang menyediakan lebih 2,000 ruang jualan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam sepanjang 12 hari berlangsung sehingga 22 September ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya