MAHA 2024 sasar MoU RM6 bilion

MAHA 2024 sasar MoU RM6 bilion

MOHAMAD Sabu melawat gerai jualan tarikan baharu iaitu Floating Market sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS Serdang, semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan RM6 bilion nilai memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) akan dimeterai pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, MAHA 2024 yang berlangsung selama 12 hari bermula esok hingga 22 September ini turut menyasarkan RM40 juta nilai jualan langsung.

Menurut beliau, pihaknya optimis dan bersiap sedia untuk menerima seramai tiga juta pengunjung yang disasarkan pada penganjuran kali ini bersempena 100 Tahun MAHA sejak bermulanya pada 1923.

“Turut menjadi sasaran adalah RM600 juta potensi pembiayaan dan padanan perniagaan dengan jangkaan 4,000 permohonan dan 10 juta capaian media.

“MAHA 2024 akan menjadi platform mengeksplorasi potensi dan inovasi sektor pertanian yang maju dan berteknologi tinggi, serta berdaya saing dalam memacu ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan MAHA 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, antara lapan fokus MAHA 2024 adalah Sambutan 100 Tahun MAHA, Pertanian, Kelestarian, Modal Insan MADANI, Teknologi, Agro Pelancongan, MAHA Go Global dan Pelaburan.

Kata beliau, MAHA 2024 turut menekankan elemen yang mengangkat MAHA ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan dan
pelbagai negara menerusi segmen MAHA Go Global.

“Ia bertujuan mempromosikan MAHA Go Global kepada negara-negara luar bagi turut serta mempamerkan teknologi pertanian, memadan perniagaan bersama usahawan tempatan serta membuka peluang potensi pelaburan kepada sektor agromakanan negara.

“Sebanyak 16 negara telah mengesahkan penyertaan antaranya Amerika Syarikat, Jepun, Thailand, Brunei, Indonesia, Rusia, Hong Kong dan beberapa negara Eropah.

“MAHA Go Global bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan perniagaan dalam sektor pertanian dan hortikultur, meningkatkan
eksport dan menggalakkan inovasi,” jelasnya.

Tambahnya, bertemakan ‘Harvesting Tomorrow Where DreamsBlossom’, MAHA 2024 mencerminkan aspirasi dan matlamat untuk menuai kejayaan masa hadapan dengan usaha dan inovasi yang diterokai.

Selain itu, pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pengunjung iaitu laluan pejalan kaki berbumbung, bas perantara percuma dari Transit Aliran Masa (MRT) UPM, Putrajaya Wetland dan IOI City Putrajaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya