MAHA 2024: Penternakan guna tenaga solar kurangkan risiko kolam gagal berfungsi 

MAHA 2024: Penternakan guna tenaga solar kurangkan risiko kolam gagal berfungsi 

ANTARA produk dipamerkan THK Sales & Service (M) Sdn. Bhd. (THK) sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: THK Sales & Service (M) Sdn. Bhd. (THK) memperkenalkan System Smart Aqua untuk penternakan akuakultur yang menggunakan tenaga solar selain mampu mengekalkan saluran air agar sentiasa bersih.

Pengurus THK, Tracy Tee berkata, sistem tersebut adalah lebih mudah kerana mengurangkan risiko sistem penternakan kolam gagal berfungsi. 

“Kualiti air akan lebih sihat untuk ternakan kerana paras oksigen dalam air boleh ditetapkan secara automatik.  

“Sistem ini juga boleh dikawal melalui aplikasi dalam telefon pintar,” katanya ketika ditemu di  Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.

MAHA 2024 bertemakan Menuai Harapan, Membina Masa Hadapan merupakan pameran pertanian utama dan terbesar di Asia Tenggara yang menyediakan lebih 2,000 ruang jualan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam sehingga 21 September ini.

Mengulas lanjut, Tracy berkata, mesin itu boleh dikawal dengan sistem solar dan juga elektrik.

“Disebabkan cuaca di Malaysia berubah-ubah, teknologi solar merupakan antara insentif untuk menjimatkan elektrik.

“Mesin ini juga boleh mengawal parameter untuk asid, alkali, mineral, pH dan suhu di dalam air bagi penjagaan yang optimum,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN