MAHA 2024: Pengunjung berpeluang rasai madu kelulut dari sarang

MAHA 2024: Pengunjung berpeluang rasai madu kelulut dari sarang

SEORANG pengunjung mencuba madu kelulut asli di Laman Kelulut di MAHA 2024 di MAEPS, di sini. - UTUSAN/ARIF AIMAN ASROL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 berpeluang merasai madu kelulut asli dan segar dari sarang.

Penolong Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Zulidzham Mohd Sani berkata, sebanyak enam spesis lebah di bawa ke MAHA 2024 untuk dilihat sendiri oleh pengunjung.

Kata beliau, pengunjung boleh merasai sendiri madu kelulut daripada sarang lebah yang disediakan.

“Madu lebah ini mempunyai banyak khasiat. Malah, madu kelulut ini juga sesuai untuk diamalkan dalam kehidupan harian.

“Bukan sahaja orang dewasa boleh rasai madu kelulut ini tetapi kanak-kanak juga. Lagi-lagi apabila mereka ada batuk dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Laman Kelulut di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.

MAHA 2024 kini sedang berlangsung sempena dengan 100 kali penganjurannya hingga 22 September.

MAHA 2024 bertemakan Menuai Harapan, Membina Masa Hadapan merupakan pameran pertanian utama dan terbesar di Asia Tenggara yang menyediakan lebih 2,000 ruang jualan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam sepanjang 12 hari berlangsung.

Mengulas lanjut, Zulidzham berkata, pengunjung juga berpeluang untuk mempelajari kaedah dan cara membela lebah.

“Kita jemput khas usahawan lebah daripada Negeri Sembilan untuk tunjuk pada pengunjung bagaimana nak memepecahkan koloni untuk menggadankan ia. Jadi tidak perlu dikembangkan di dalam hutan lagi.

“Kita juga tunjuk macam mana nak pindahkan lebah daripada papan ke kotak hive” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya