MAHA 2024: Betari mampu ganti beras - Utusan Malaysia

MAHA 2024: Betari mampu ganti beras

MAHA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Tumbuhan bijirin, iaitu betari berpotensi menjadi alternatif kepada beras sekiranya negara berhadapan masalah bekalan makanan ruji tersebut.

Pengurus ladang Legasi Z Agro Sdn. Bhd., Mohazam Monggit berkata, betari mempunyai khasiat sama seperti beras dan boleh menjadi makanan asas kepada rakyat.

Menurutnya, betari diperkenalkan di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 bertujuan memberi ilmu dan didikan pada orang ramai tentang manfaat tanaman tersebut.

“Sorghum (betari) boleh menjadi alternatif kepada makanan ruji kita apabila ketiadaan bekalan atau kehabisan beras.

“Ini kerana tumbuhan bijiran itu memiliki protein dan fiber yang tinggi serta tidak mempunyai gluten, maka sesuai dimakan sekiranya menghidap penyakit kencing manis,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Dewan C, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.

MAHA 2024 yang meraikan 100 tahun penganjurannya pada tahun ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung. 

MAHA 2024 bertemakan Menuai Harapan, Membina Masa Hadapan merupakan pameran pertanian utama dan terbesar di Asia Tenggara yang menyediakan lebih 2,000 ruang jualan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam sepanjang 12 hari berlangsung. 

Mengulas lanjut, Mohazam berkata, betari sukar didapati di pasaran kerana masih ramai tidak mengetahui kewujudannya.

“Jadi, Legasi Z Agro mahu mengajar masyarakat terutama mereka yang berkunjung ke MAHA 2024 untuk menanam betari di kawasan rumah mereka.

“Ia sangat mudah untuk ditanam, kita tidak perlu bersusah payah seperti menanam padi yang memerlukan bekalan air, baja dan racun yang banyak,” jelasnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya