MAHA 2024: 13 MoU bernilai lebih RM21j dimeterai - Utusan Malaysia

MAHA 2024: 13 MoU bernilai lebih RM21j dimeterai

imbalan Menteri Pertanian, Datuk Arthur Joseph Kurup menyaksikan salah satu pemeteraian Pertukaran Memorandum Persefahaman daripada 13 pemeteraian (MoU) bersempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelanco­ngan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Hari pertama Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 menyaksikan sebanyak 13 memorandum persefahaman (MoU) dengan jumlah keseluruhan lebih RM21 juta.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kebanyakan MoU yang dimeterai itu adalah daripada industri nanas.

Menurutnya, industri nanas kini merupakan antara fokus kementeriannya.

“Kita nampak industri nanas boleh menjadi satu sumber kekayaan baharu untuk Malaysia  kerana negara kita mempunyai potensi besar dalam industri tersebut.

“Ini baru hari pertama. Saya yakin berbaki sembilan hari lagi, mudah-mudahan kita dapat menandatangani dan menarik lebih ramai pelabur serta pembeli ke atas hasil barangan pertanian dan agromakanan negara kita,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan B, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.

Arthur Joseph hadir bagi merasmikan dan menyaksikan pemetarian MoU sempena MAHA 2024.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pensiangan itu berkata, beliau yakin akan ada lebih banyak MoU dapat dimeterai berdasarkan sektor dan subsektor pertanian lain.

Jelasnya, MAHA Go Global yang pertama kali diadakan diyakini dapat menarik lebih ramai pelabur daripada pasaran antarabangsa.

“MAHA Go Global mempunyai 180 pempamer untuk menawarkan kepada pasaran antarabangsa iaitu dari segi produk-produk pertanian dan agromakanan daripada Malaysia.

“Jadi, saya harap pelabur dan pembeli khususnya daripada pasaran antarabangsa untuk datang ke MAHA 2024,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, sambutan orang ramai pada hari pertama MAHA 2024 amat menggalakkan.

“Saya yakin jumlah pengunjung MAHA 2024 akan terus meningkat dari hari ke hari,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN