ILLA Sabry berdiri sebagai penyanyi rakaman di bawah syarikat Nova Muzik pada 2001. Sepantas namanya meledak dalam pasaran muzik negara menerusi hits Keranamu Kekasih, sepantas itulah dia berpaling daripada industri hiburan ketika bakatnya mulai menjadi perhatian. Sayangnya, Illa memilih jalan berbeza ketika dia sudah memiliki album debutnya, Jatuh Cinta (2001). Melepaskan segala populariti dan kemasyhuran untuk menjadi insan biasa. Maka, tiadalah yang mengenali karya-karya kecil Illa di dalam album tunggalnya itu kecuali Keranamu Kekasih. Keranamu Kekasih hadir sebagai naskhah pop dan balada era 2000-an ciptaan Ajai, Azam Dungun dan Johan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya