LZS anjur Karnival Zakat Selangor buat julung kali - Utusan Malaysia

LZS anjur Karnival Zakat Selangor buat julung kali

Karnival Zakat Selangor
AHLI Lembaga Pemegang Amanah LZS, Raja Tan Sri Arshad Alhaj Raja Uda Alhaj (tengah) bersama kepimpinan LZS mengimbas tapak tangan pada skrin sebagai gimik perasmian Karnival Zakat Selangor dekat Dataran Karnival Stadium Shah Alam, di Shah Alam, Selangor hari ini. UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan Karnival Zakat Selangor buat julung kali dengan menyasarkan kehadiran pengunjung seramai 10,000 orang yang berlangsung bermula hari ini hingga esok.

Ketua Divisyen Kutipan LZS, Muhd. Fikri Naim Harun berkata, karnival tersebut diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-30 penubuhan institusi baitulmal itu yang bertanggungjawab mengutip serta mengagihkan zakat kepada umat Islam yang layak di negeri ini.

“Selain menyambut ulang tahun, melalui karnival ini warga LZS dapat mendekati masyarakat selain menerangkan mengenai fungsi serta tugas yang dilakukan LZS.

“Dalam karnival itu, kami menampilkan beberapa peniaga yang membayar zakat (usahawan muzakki) dan peniaga yang turut menerima zakat (usahawan asnaf) yang menjual pelbagai makanan dan minuman.

“Selain itu, kami juga bawakan rakan strategik LZS serta 30 buah syarikat yang menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada asnaf serta pengunjung karnival,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian Karnival Zakat Selangor di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun LZS tidak meletakkan sebarang sasaran bagi jumlah kutipan zakat yang akan diterima sepanjang berlangsungnya dua hari karnival berkenaan.

Jelas Muhd. Fikri, umat Islam yang ingin memeriksa kelayakan sama ada mereka layak menerima zakat atau sebaliknya boleh membuat pemeriksaan itu dalam Karnival Zakat Selangor.

“Serentak dengan pelancaran karnival hari ini, kami turut melancarkan dua program iaitu Rakan Affilate Dakwah Kutipan Zakat (RADIUZ) dan CrowdZakat.

“Kami buat dua program ini kerana didapati sejuta rakyat Selangor yang berusia 25 tahun ke atas masih lagi tidak membayar zakat dengan LZS,” katanya.

Menjelaskan mengenai program tersebut, RADIUZ adalah platform dakwah di media sosial untuk mengajak umat Islam di Selangor untuk membayar zakat dengan LZS.

Manakala CrowdZakat pula adalah mengutip zakat secara crowdfunding, dengan umat Islam boleh melihat di manakah LZS menyalurkan bayaran kutipan zakat berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya