Lubang benam sedalam satu meter ‘muncul’ di KLIA

Lubang benam sedalam satu meter ‘muncul’ di KLIA

LUBANG benam sedalam satu meter dilaporkan berlaku di jalan masuk Kompleks Bunga Raya KLIA. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG:  Lubang benam sedalam satu meter dilaporkan berlaku di jalan masuk Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sepang, kejadian itu berlaku di kawasan berturap di antara pintu masuk dan keluar Kompleks Bunga Raya di KLIA Terminal 1.

Katanya, kedalaman lubang benam itu dianggarkan sedalam satu meter dan status jalan itu boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Pemeriksaan mendapati terdapat satu ‘manhole’ kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam yang mana kebocoran paip kumbahan disyaki menjadi punca kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JKR berkata, kejadian itu telah dimaklumkan kepada pihak Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB).

Jelasnya, laporan terperinci akan dikeluarkan pihak MAHB setelah selesai siasatan dibuat dan akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh mereka.

Pada masa sama, Utusan Malaysia sedang mendapatkan perincian terkini daripada MAHB berhubung kejadian berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN