LPP sasar buka 20 Peladang Outlet konsep gabungan kafe kopi premium, pasar raya mini - Utusan Malaysia

LPP sasar buka 20 Peladang Outlet konsep gabungan kafe kopi premium, pasar raya mini

MAHFUZ Omar (kanan) melakukan gimik perasmian Peladang Outlet di PPN Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyasar membuka 20 Peladang Outlet berkonsepkan gabungan kafe kopi premium dan pasar raya mini di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar berkata, setakat ini, LPP telah membuka 18 Peladang Outlet di seluruh negara termasuk terbaharu milik LPP Terengganu.

Menurutnya, pembukaan Peladang Outlet berkonsepkan kafe kopi premium merupakan strategi perniagaan bagi memanfaatkan cita rasa terkini golongan muda yang menggemari minuman tersebut.

“Dalam baki tiga bulan terakhir tahun ini, dua cawangan terbaharu dirancang dibuka termasuk di Kota Bharu, Kelantan tidak lama lagi,” katanya.

Belaiu berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Peladang Outlet LPP Terengganu di Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Terengganu di sini, hari ini.

Selain itu, Mahfuz menambah, pihaknya juga bercadang membuka cawangan Peladang Outlet di pusat membeli-belah dan pasar raya strategik seluruh negara selepas ini.

“Pelanggan boleh membeli produk-produk pertanian keluaran LPP seperti daging lembu premium, serbuk kopi dan minyak masak sambil bersantai di kafe Peladang Outlet,” ujarnya.

Beliau memberitahu, konsep premis perniagaan ini telah diperkenalkan pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) di Serdang, Selangor, baru-baru ini dan ia telah mendapat sambutan menggalakkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya