Lori rempuh tembok lebuh raya, serpihan jatuh hempap kereta

Lori rempuh tembok lebuh raya, serpihan jatuh hempap kereta

SEBUAH lori terbabas merempuh tembok penghadang Lebuhraya Duta–Ulu Klang (Duke), Sentul yang menyebabkan serpihan penghadang itu pecah serta terjatuh hingga menghempap sebuah kereta yang diparkir di bawah lebuh raya berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah lori terbabas merempuh tembok penghadang Lebuhraya Duta–Ulu Klang (Duke), di sini, hari ini.

Kemalangan itu menyebabkan serpihan penghadang itu pecah dan terjatuh hingga menghempap sebuah kereta yang diparkir di bawah lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, kemalangan jalan raya itu tidak melibatkan kemalangan jiwa. 

“Pusat Kawalan Daerah (DCC) Sentul telah menerima maklumat kejadian itu pada pada 2.03 petang.

“Kemalangan lori itu mengakibatkan penghadang jalan jatuh terkena sebuah kereta yang diletakkan di bawah lebuh raya tersebut,” katanya.

Tambahnya, siasatan lanjut dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN