PADA 3 September 1982, Utusan Malaysia melaporkan 10 daripada 12 penumpang sebuah kereta termasuk enam kanak-kanak terbunuh apabila kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori papan di kilometer 16 Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur.
Kemalangan ngeri tersebut berlaku pada pukul 5.30 pagi dan anggota polis serta bomba terpaksa bertungkus-lumus selama lebih tiga jam untuk mengeluarkan mayat-mayat yang tersepit dalam kenderaan malang tersebut.
* 3 September 1983
Kerajaan sedang melaksanakan projek sosioekonomi dan keselamatan di sempadan Malaysia-Thai melibatkan kawasan seluas 8,900 kilometer persegi untuk manfaat 600,000 penduduk.
* 3 September 1984
Perkhidmatan percubaan feri bertaraf mewah antara Tanjung Pengelih, Kota Tinggi dan Cangi di Singapura akan dimulakan tidak lama lagi.
* 3 September 1985
Pakaian Putera Charles dianggap tidak menarik dan menjemukan hinggakan mendapat satu undi sahaja dalam tinjauan mencari lelaki berpakaian paling segak untuk tahun ini.