Lindungi PMKS, elak penggabungan tiga bank

Lindungi PMKS, elak penggabungan tiga bank

DPIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggabungan tiga bank iaitu SME Bank, Exim Bank dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad menimbulkan kembimbangan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Dalam satu kenyataan, Presiden DPIM, Datuk Mohammad Sahar Mat Din berkata, proses penggabungan ketiga-tiga bank itu dikhuatiri boleh menjejaskan tumpuan kepada sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Penggabungan ini boleh mengurangkan akses kepada pembiayaan bersasar untuk PMKS.

“Sekiranya berlaku penggabungan, tidak mustahil keperluan unik PKMS diabaikan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketiga-tiga bank memainkan peranan berbeza, namun penggabungan tersebut berisiko membawa kesan buruk khususnya sektor PMKS.

“Proses penggabungan ini juga berpotensi untuk menyebabkan ketidakstabilan dan gangguan dalam perkhidmatan yang disediakan oleh institusi-institusi ini kepada PMKS,” katanya.

Justeru, kata Mohammad Sahar, kerajaan perlu mengkaji semula cadangan penggabungan ini dengan lebih mendalam dan strategik.

“Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mengekalkan peranan dan mandat khas SME Bank dalam menyokong PMKS.

“Pihak DPIM berharap kerajaan akan mengambil pendekatan yang berhati-hati dan inklusif dalam menangani isu penggabungan institusi kewangan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN