Lima daerah di Kedah masih dilanda banjir, rekod 8,493 mangsa - Utusan Malaysia

Lima daerah di Kedah masih dilanda banjir, rekod 8,493 mangsa

SEBAHAGIAN mangsa banjir berehat di pekarangan SMK Agama Kedah yang dijadikan PPS di Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat walaupun dua daripada tujuh daerah terjejas banjir iaitu Kulim dan Kuala Muda sudah pulih daripada bencana itu, sebelum ini.

Sehingga pukul 11 pagi ini, Kedah merekodkan 8,493 mangsa daripada 2,746 keluarga yang terjejas di Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang, Pokok Sena dan Bandar Baharu.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin berkata, Kota Setar kini mencatatkan 5,093 mangsa daripada 1,697 keluarga di 18 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kubang Pasu terus merekodkan penurunan mangsa kepada 1,001 orang berbanding 1,483 orang semalam manakala Pendang pula terus meningkat daripada 1,434 kepada 1,581 orang.

“Dua lagi daerah iaitu Pokok Sena dan Bandar Baharu masing-masing merekodkan 671 dan 147 mangsa di mana jumlah mangsa di Bandar Baharu kekal sejak semalam dan Pokok Sena pula semakin berkurang,” katanya di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN