Letak syarat RM70,000 sebagai penolakan - Utusan Malaysia

Letak syarat RM70,000 sebagai penolakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Wah, sekali dengar, cerita ini macam kisah dongeng Puteri Gunung Ledang pula. Penolakan dengan menggunakan syarat. 

Inilah gosip yang sampai ke telinga Cik Bunga bila mana ada kalangan orang industri mengadu, seorang selebriti berstatus VIP ini sengaja meletakkan syarat sebagai satu cara halus untuk menolak sebarang tawaran yang dia rasakan dia tidak mahu. 

Jumlah wang yang diletakkan sebagai syarat mungkin tidaklah statik pada sesetengah angka sahaja. 

Pendek kata, ikut suka dia hendak letak berapa asalkan nampak macam tidak munasabah selain dia percaya yang pihak satu lagi pasti tidak akan mampu nak bayar. 

Macam apa yang terjadi baru baru ini, selebriti ini dikatakan sengaja meletakkan syarat kepada penganjur sebuah program dengan menetapkan bayaran RM70,000 sekiranya penganjur mahu dia datang ‘mencemar duli’ dan menjayakan kempen.

Bukan dilantik sebagai duta pun. Kalau duta, kita pun faham jika dia letakkan harga tinggi. Mungkin RM70,000 itu pun tak sesuai dengan statusnya, kena letak tinggi lagi jika mahu dia jadi duta. 

Ini sekadar tampil ke acara tersebut. Dahsyat juga bayaran yang dia minta. Bukannya acara itu berlangsung tujuh hari tujuh malam. Tak sampai sehari pun. 

Namun, apa yang Cik Bunga hormat pada penganjur ini, mereka tidak melenting pun dengan tindakan selebriti tersebut. Malah, mereka sangat faham bahawa apa yang cuba dilakukan oleh artis berkenaan adalah menolak tawaran penganjur tersebut. 

Mereka sedar, tidak mungkinlah artis itu tidak mampu berfikir logik untuk letakkan bayaran setinggi itu. Akur dengan penolakan cara halus artis itu, penganjur pun tidak mahu buang masa jadi lebih baik cari artis lain untuk gantikan tempat pelakon wanita tersebut.

 Tidak sangka juga Cik Bunga, artis itu letak bayaran tinggi. Padahal, boleh saja cakap tidak boleh hadir. Habis cerita. Ini sudah macam Puteri Gunung Ledang. Tak kuasalah kita hendak drama. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya