Lerai spekulasi, Syasya Rizal umum bakal timang cahaya mata sulung - Utusan Malaysia

Lerai spekulasi, Syasya Rizal umum bakal timang cahaya mata sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Setelah sekian lama mengundang pelbagai spekulasi, bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, 23, akhirnya memaklumkan dia bersama suaminya Nasrullah Mohd. Sapie bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Khabar gembira itu telah dikongsikan oleh pasangan tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram hari ni dengan memaparkan di helaian akhbar sebagai gimik pengumuman.

Baby Emon is on the way (baby Emon bakal dilahirkan),” katanya.

Sebelum ini, bekas anggota kumpulan Dolla itu telah memuat naik fotonya yang mempamerkan ‘baby bump’ sekaligus mengundang pelbagai teka-teki.

Syasya bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai usia kandungannya.

Teruja dengan khabar gembira itu, ruangan komen penyanyi itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya.

“Semoga dipemudahkan urusan bersalin Syasya!” komen netizen.

Sebelum ini, Syasya pernah menafikan khabar angin itu selepas tular sebuah video yang mempamerkan ‘baby bump’ penyanyi itu dengan jelas, pada awal bulan lalu.

Untuk info, Syasya melangsungkan pernikahan dengan Nasrullah dalam majlis tertutup yang berlangsung pada 21 April lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya