Lelaki Rohingnya hidap tibi lolos Depot Tahanan Imigresen Ajil - Utusan Malaysia

Lelaki Rohingnya hidap tibi lolos Depot Tahanan Imigresen Ajil

HUSSON AHMAD SOIFIULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Polis sedang giat memburu seorang lelaki Rohingya yang bertindak meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Ajil, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, suspek warganegara Myanmar itu melarikan diri dengan memanjat siling bilik pengasingan.

“Suspek, Husson Ahmad Soifiullah, 25, yang menghidap tuberkulosis (tibi) disedari telah melarikan diri daripada tahanan terbabit sekitar pukul 8 pagi pada 1 September.

“Laporan polis diterima pukul 1.30 pagi pada 2 September selepas pihak terbabit cuba mencari suspek namun gagal,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan

Tambahnya, pihak polis memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada Inspektor Aiman Baihaqi Che Shaffie di talian 0199377864 atau Bilik Gerakan IPD Hulu Terengganu, 09-6812222 sekiranya melihat suspek atau lelaki mencurigakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya