Lelaki pecahkan cermin kaunter Unit Forensik HSB - Utusan Malaysia

Lelaki pecahkan cermin kaunter Unit Forensik HSB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki bertindak memecahkan cermin di bahagian kaunter Unit Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) dekat sini kelmarin dipercayai kerana berang tidak dapat lihat jenazah ahli keluarganya.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, lelaki berusia 43 tahun yang juga pesakit mental ditahan polis di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Mohammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan daripada pihak hospital memaklumkan kejadian amuk dengan memecahkan cermin menggunakan topi keledar.

“Bertindak atas laporan, sepasukan anggota polis ke lokasi dan menahan lelaki terbabit serta merampas topi keledar yang dipercayai digunakan untuk memecahkan cermin berkenaan.

“Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek berasa marah dan tertekan kerana tidak dapat melihat jenazah ahli keluarganya yang meninggal dunia.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan semakan mendapati suspek mempunyai sejarah pesakit mental dan beberapa kali tidak hadir janji temu dengan doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kerosakan kepada harta benda.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN