Lelaki pecah masuk kedai aiskrim diburu - Utusan Malaysia

Lelaki pecah masuk kedai aiskrim diburu

Kedai aiskrim
KELIBAT suspek dirakam kamera CCTV ketika memecah sebuah kedai aiskrim dekat Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, di Kuala Selangor, Selangor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki diburu polis selepas dikesan memecah masuk sebuah kedai jual aiskrim dan minuman teh dekat Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin berkata, kejadian itu disedari seorang pekerja wanita ketika mahu memulakan operasi perniagaan, kira-kira pukul 10 pagi.

Menurutnya, wanita itu mendapati pintu ‘roller shutter’ kedai berkenaan terbuka dan keadaannya berselerak.

“Pemilik premis itu kemudian membuat laporan selepas mengesyaki ia dipecah masuk pencuri apabila pekerjanya melihat tempat simpanan wang terbuka.

“Pemeriksaan lanjut mendapati wang tunai berjumlah RM612.70 dan modem WiFi hilang dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohd. Ambia, kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan keseluruhan kerugian dianggarkan RM1,500.

“Polis masih mempergiatkan usaha memburu suspek terlibat bagi membantu siasatan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Justeru, beliau menasihatkan peniaga supaya tidak meninggalkan wang selepas menutup premis dan perlu menggunakan kunci yang sukar dirosakkan.

Terdahulu, tular gambar rakaman CCTV di media sosial memaparkan seorang lelaki bertopi keledar memecah masuk kedai aiskrim berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN