Lelaki maut motosikal ditunggang langgar lembu - Utusan Malaysia

Lelaki maut motosikal ditunggang langgar lembu

KEADAAN kemalangan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut melanggar lembu di Bagan Datuk semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar kawanan lembu yang melintas di Kilometer 24, Jalan Ferri Hutan Melintang, di sini semalam.

Mangsa yang maut dalam nahas sekitar pukul 8 malam itu dikenali sebagai Mohd. Rohaizad Ahmad Zaid, 37.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd. Jali berkata, kemalangan itu melibatkan dua penunggang motosikal selain sebuah lori dan kereta.

Katanya, kejadian berlaku ketika dua penunggang motosikal itu dalam perjalanan dari arah Sabak Bernam ke Hutan Melintang manakala dua kenderaan itu pula dari arah bertentangan.

“Sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa gagal mengelak kehadiran lima lembu yang melintas secara tiba-tiba dari laluan kanan ke kiri jalan.

“Kejadian itu menyebabkan pelanggaran di mana mangsa parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal berusia 38 tahun cedera ringan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam kejadian itu, kedua-dua pemandu berusia 29 dan 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN