Lelaki maut kereta dipandu terbabas bertembung treler - Utusan Malaysia

Lelaki maut kereta dipandu terbabas bertembung treler

KEADAAN kereta dipandu Mohd. Zakaria Abdullah yang remuk setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Rusila, Marang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang lelaki maut setelah kereta dipandunya terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung sebuah treler di Kilometer 13 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan dekat Rusila, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.57 pagi itu, mangsa, Mohd. Zakaria Abdullah, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan dada.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd. Razman Setapa berkata, kemalangan melibatkan Proton Wira dipandu mangsa dengan sebuah treler jenis Volvo dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu treler menghala ke arah Kuantan dan sampai di tempat kejadian kereta dipandu mangsa dari arah bertentangan terbabas masuk laluan treler.

“Akibat jarak terlalu dekat pemandu treler tidak sempat elak lalu terlanggar kereta. Mangsa cedera parah di kepala serta dada dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan, manakala pemandu treler tiada sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN