Lee Min-ho puji lukisan peminat Malaysia - Utusan Malaysia

Lee Min-ho puji lukisan peminat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Saya sangat suka,”

Demikian respons aktor popular Korea Selatan, Lee Min-ho ketika menerima hadiah lukisan daripada peminat Malaysia, Lee Li Fang.

Li Fang, 23, tidak menyangka berpeluang memberikan sendiri lukisan tersebut kepada pelakon Pachinko itu semasa sesi bertemu peminat pada Isnin.

“Saya sangat terharu kerana tidak menyangka Lee Min-ho akan mengambil lukisan potret saya.

“Saya habiskan masa empat hari untuk menyelesaikan lukisan ini.

“Saya bukanlah seorang pelukis profesional tapi saya belajar macam mana untuk melukis.

“Gambar dalam lukisan itu saya ambil inspirasi daripada ‘photobook’ artis itu sebelum ini,” katanya yang berasal dari Johor.

Li Fang, ditemui Utusan Malaysia di majlis bertemu peminat Lee Min-ho yang dibawakan oleh Azarine dan Watson.

Dalam pertemuan itu, Lee Min-ho turut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya di Malaysia kerana memberikan sokongan kepada kerjayanya.

“Terima kasih Azarine kerana membawa saya ke Malaysia. Kepada peminat, gembira dapat berjumpa anda semua dan semoga semua yang hadir bergembira hari ini,” katanya.

Terdahulu, Lee Min-ho dilantik sebagai duta produk kecantikan dan penjagaan wajah dari Indonesia, Azarine.

Sebelum ini pada Sabtu, Lee Min-ho turut hadir untuk sesi bertemu peminat di Jio Space, Petaling Jaya yang dibawakan oleh produk biskut Roma.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya