Lebih 700 syarikat Jerman sumbang ekonomi Malaysia Lebih 700 syarikat Jerman sumbang ekonomi Malaysia

Lebih 700 syarikat Jerman sumbang ekonomi Malaysia

-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 700 buah syarikat Jerman yang menjalankan operasi kilang pengeluaran dan mengeksport barangan ke seluruh dunia, kini menyumbang kepada ekonomi Malaysia.

Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datin Paduka Dr. Adina Kamarudin memaklumkan, Malaysia merupakan rakan perdagangan terbesar Jerman di rantau ASEAN selain Jerman juga telah menjadi rakan dagangan terbesar negara ini di antara negara-negara dalam Kesatuan Eropah (E.U.). 

“Pada 2023, Jerman merupakan rakan dagangan global ke-13, destinasi eksport ke-14 dan sumber import ke-11 terbesar Malaysia. Jumlah nilai perdagangan antara dua negara ini berjumlah USD13.90 bilion (RM 63.45 billion),” katanya dalam kenyataan media Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), hari ini.

Terdahulu, Dr Adina mempersembahkan maklumat tersebut kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika Baginda berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Berlin Brandenburg, baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Selain itu, Tuanku Raja Muda merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan menyerahkan sumbangan ‘Bantuan Ibnu Sabil’ berjumlah RM5,000 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Kedutaan berkenaan.

Kenyataan itu turut memaklumkan, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat ke Berlin bagi menghadiri ‘InnoTrans 2024’ di Messe Berlin sempena pemeteraian perjanjian persefahaman antara Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn. Bhd. dengan Siemens Mobility Sdn. Bhd..

Untuk rekod, Tabung Ibnu Sabil daripada MAIPs disalurkan melalui beberapa buah pejabat Perwakilan Malaysia terpilih di luar negara bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang berhadapan dengan situasi kecemasan, terputus bekalan sara diri atau terkandas untuk kembali ke tempat asal atau meneruskan perjalanan.

Ia adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab MAIPs dalam agihan Ibnu Sabil dan inisiatif pengantarabangsaannya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN