Lebih 1,000 hadir program Kampong Bharu Berselawat

Lebih 1,000 hadir program Kampong Bharu Berselawat

MOHD Na'im Mokhtar (tengah) dan Johari Abdul Ghani menyertai program Kampong Bharu Berselawat di Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 jemaah menyertai program Kampong Bharu Berselawat Santuni Madani Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di

Masjid Jamek Kampong Bharu, di sini malam ini.

Program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama masjid berkenaan diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan 1446H bagi menyemarakkan lagi semangat kecintaan dan penghayatan sunnah baginda dalam segenap aspek kehidupan.

Menurut JAWI, Kampung Sungai Baru, Kampung Baru dipilih sebagai Kampung Angkat Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar pada Julai lalu.

Susulan itu, berapa siri program dan aktiviti digerakkan bersama agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi manfaat penduduk setempat meliputi bidang kebajikan, pendidikan, pembangunan dan penghayatan Islam.

“Penganjuran program berkenaan berhasrat menterjemahkan gagasan dalam Pelan Tranformasi Al-Falah kepada masyarakat ke arah mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi berpandukan contoh dan teladan Nabi Muhammad SAW,” katanya dalam kenyataan.

Majlis tersebut turut disertai Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Kamaldin Mohd Damin dan Pengerusi Masjid Kampong Bharu, Datuk Mohd Khay Ibrahim.

Sesi Tausiyah disampaikan oleh tokoh pendakwah Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki serta alunan selawat dan qasidah dipimpin kumpulan nasyid Firqah Az-Zawraq.

Selain majlis tersebut, pelbagai aktiviti dan program bermanfaat sempena Maulidur Rasul SAW giat dianjurkan di masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan.

Ia sebagai usaha berterusan untuk menyemarakkan aktiviti pengimarahan masjid dan surau dengan pelbagai program yang menyatupadukan masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN