Lebih 100 kilogram sisa pepejal dikutip di Pontian

Lebih 100 kilogram sisa pepejal dikutip di Pontian

SISA pepejal yang dikumpul sempena Hari Cuci Malaysia Peringkat Daerah Pontian di Pusat Perdagangan Pontian, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Sebanyak 103.62 kilogram (kg) sisa pepejal dikumpul sempena Hari Cuci Malaysia Pe­ringkat Daerah Pontian di Pusat Perdagangan Pontian, di sini, semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian ( MPPn), Ab. Razak Khalid berkata, antara sisa pepejal tersebut ialah kertas boleh kitar semula (6.2kg), plastik tegar (56kg), fabrik (5.7kg ) dan getah (6.4kg).

Katanya, turut dikumpul ialah kaca (2.72kg), kotak (3.1kg) dan aluminium (0.6kg) manakala barangan bukan kitar semula se­perti plastik filem (3.8kg), puntung rokok (58 batang) dan kertas tidak boleh kitar semula (7.4kg).

“Sisa kebun 3.3kg dan lain-lain sisa pula adalah sebanyak8.4 kg,” katanya.

Menurut Ab. Razak, jumlah kutipan sisa pepejal tersebut untuk tempoh satu jam sahaja di sekitar kawasan Pusat Perdaga­ngan Pontian.

Katanya, sampah-sampah itu wujud akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat.

“Tanggungjawab menjaga kebersihan harus dipikul bersama dan tidak boleh mengharapkan pihak-pihak berkaitan sahaja bagi menjadikan daerah Pontian bersih dan lestari menjelang 2026,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya