Larian Keluarga Malaysia disertai peserta rentas bangsa, politik

Larian Keluarga Malaysia disertai peserta rentas bangsa, politik

ISMAIL Sabri Yaakob bersama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika menyertai Larian Keluarga Malaysia (LKM 2024) di Cyberjaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Program Larian Keluarga Malaysia yang berlangsung hari ini disifatkan sebagai satu acara merentas politik, kaum dan agama.

Pengerusi Yayasan Keluarga Malaysia (YKM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, anjuran pertama kali yang disertai hampir 5,000 peserta turut membabitkan penyertaan beberapa pemimpin kerajaan, pemimpin DAP, pembangkang dan bekas atlet negara.

“Ia merestasi semua kategori tidak kira agama, bangsa dan politik. Parti apa pun kita terbuka, ahli politik pembangkang juga datang sertai larian ini.

“Jadi ini menggambarkan Keluarga Malaysia yang sebenar. Program ini bukan saja acara larian tetapi hari keluarga,” katanya ketika ditemui pada program larian itu, pagi tadi.

Antara pemimpin politik dan bekas ahli politik yang hadir ialah bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba; bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengerusi PUNB Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Selain itu, beberapa atlet dan bekas atlet yang dilihat hadir termasuk Goh Liu Ying, Santokh Singh, Datuk K. Rajagobal, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor dan Datuk Zainal Abidin Hassan.

Larian yang pertama kali dianjurkan itu disertai peserta dari 10 negara termasuk Jepun, Indonesia, Mesir, Kenya, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Larian terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori 5km (fun run), 10km (race), dan 21km (half marathon) yang bermula seawal pukul 6.30 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya