Lapan termasuk pemandu sempat lari ketika bas terbakar - Utusan Malaysia

Lapan termasuk pemandu sempat lari ketika bas terbakar

KEADAAN sebuah bas yang musnah terbakar di Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Pemandu dan tujuh penumpang bas sempat menyelamatkan diri selepas kenderaan itu terbakar dalam kejadian di Jalan Kuala Ketil, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, pemandu dan kesemua penumpang terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata, kejadian berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Baling ke Sungai Petani.

“Tindakan pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua aliran dua pancutan dari jentera dan water tanker BBP Sungai Petani serta pasukan bomba sukarela (PBS) berdekatan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kemusnahan bas jenis Tata itu dianggarkan hampir 60 peratus dengan anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya